Mesin Nombor
20 November 2026
Hospital
Aku tekan butang mesin nombor giliran di klinik kesihatan dan duduk menunggu nama mak dipanggil. Kertas yang keluar memanjang sampai ke lantai, dicetak berulang kali dengan arahan supaya aku bawa mak keluar sebelum lelaki berkot putih di pintu itu sempat mendekati kami.
~ Tanpa Nama
Lapor cerita ini
Melaporkan: Mesin Nombor

